Saturday, January 30, 2010

tentang seseorang


Sebenar nye...sy minat sgt lagu ni...lirik dye memang menusuk kalbu even lgu nye pendek je....lagu ni sy tujukan kpd org yg akan mencuri hati saye..(ayat x menahan betul..hahahah)...klau btul la kn ad org suke kat sy...sy akn nyanyi lagu ni utk dye..ahaks..wallawei.......

Tentang seseorang

Teruntukmu hatiku,
ingin ku bersuara Merangkai semua tanya, imaji yang terlintas Berjalan pada satu, tanya s’lalu menggangguku Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti
Akankah, seseorang,
yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta,
hidup dan mati untukmu,
mungkinkah semua tanya,
kau yang jawab
Dan tentang seseorang,
itu pula dirimu,
ku bersumpah akan mencinta


Friday, January 29, 2010

TANDA – TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM.

Apabila tajuk ini dihuraikam maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT Bermaksud “Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan , kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepadaNya kamu dikembalikan”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda – tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud.Cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda – tanda ini.Rasulullah SAW meriwayatkan masih mampu memprlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal sehinggalah akhir hayat Baginda.Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda – tanda itu sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratu maut secara sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk termasuk mandinya , wuduknya serta kafannya Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat – riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.Tanda – tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.Walaupun semua tanda – tanda ini akan berlaku kepada orang – orang Islam mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan yag sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda – tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimny selepas waktu asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan – akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan – akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda itu.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehdiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibwa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut – denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan memperlihat wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan – akna bingung seketika.

Adapun malaikat maut itu wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba – tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu dianatara dahi kanan dan kiri.

Jiak tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan – lahan jautuh dan ini dapat dikesan jika dilihat dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur – ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan – lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu kawasan ubun – ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir!!!!!

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang – orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda – tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia dari segala dosa dan urusan hutang – piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih lagi boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentun Allah SWT semata – mata.Oleh itu , marilah kita bersama – sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihat tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun di akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali.

1.Aku rumah yang terpencil , maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2.Aku rumah yang gelap , maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.

3.Aku rumah yang penuh tanah dan debu , bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.Aku rumah ular berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyaklah membaca “Laa illallaha illallah , Muhammadur Rasulullah” supaya kamu dapat menjawab kepadanya.