Sunday, March 24, 2013

#JDrama : Worth Watch (Part 1)

Assalamualaikum....

Di saat-saat orang dok syok menonton cerita korea... Cerita jepun tetap di hati..Heheheheheh....

Bagi saya, JDrama ni lagi syok tengok sebab episod tak banyak (tak payah tunggu lama-lama cerita nak habis) dan ade moral value yang sangat kuat dalam setiap drama. Setiap drama yang dipertontonkan melambang kan cara hidup, budaya dan masyarakat sesebuah negara.

Antara JDrama yang saya suggestkan untuk kalian tengok:

Hana Kimi 
(cerita seorang gadis enroll sekolah lelaki sebab nak tolong seorang mamat tu =p )


Juui Dolittle 
(Cerita seorang doktor veterinar yang lebih fahamkan binatang berbanding manusia. )



Tokyo Dogs
(cerita seorang polis nak tangkap lelaki yang pernah bunuh ayah nye )


Apoyan
(cerita pasal mereka yang bekerja di Airport)
#currently on air. Ade lagi satu episod untuk tamat.


Zenkai Girl
(Cerita seorang gadis yang sangat high demand dalam setiap ape yang dia buat)


Tokyo Zenryoku Shoujo
(cerita seorang gadis mencari ayahnya yang telah terpisah sejak kecil lagi)

Sebenarnya ada lagi..Tapi macam panjang sangat la pulak. Cuba la tengok yang saya suggestkan ni.. Mana tau berkenan ke..Hehehehehe..Mostly JDrama yang saya minat mesti ada OGURI SHUN =P

Okey...T saya sambung lagi


Sekian



Anees Chan

#Review: Plan Your Future After SPM

Assalamualaikum....

   Sepanjang minggu lepas, dua keputusan peperiksaan utama telah pun diumumkan; STPM dan SPM. Syukur alhamdulillah dan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan keputusan yang dijangkakan. Semasa ambil keputusan tu mesti hati bercampur baur. Gementar, takut, macam2 la...semua perasaan bercampur jadi satu. Tak kira la apa keputusan yang diperoleh, kehidupan harus diteruskan.

copy from gvishnu.com
   
    Sekarang ni mesti masing2 dok sibuk nak update application ke IPTA/IPTS, mohon biasiswa. Mintak pengesahan sijil, surat sokongan dan macam2 lagi. Malah mesti pening sebab banyak pilihan untuk belajar dalam bidang yang diminati. 

     SPM...... Sesiapa yang rasa nak jadi degree holder dalam usia awal 20-an, mungkin boleh ke matrikulasi.. Orang dok kata matrikulasi susah... Sebenar nya..dalam dunia ni takdak yang senang dik...semua nya kena ada usaha dan tawakal. Kalau rajin study, jumpe lecturer, tolak tepi hal cintan cintun, insyaAllah boleh keluar matrikulasi dengan pointer yang okay. Nak masuk form 6? Boleh jugak. Saya sendiri pun tak dapat form 6. Jadi, tak tahu la macam mana gaya nya form 6 tu. Dengar orang kata kalau form 6, kena sure dapat straight A baru cerah masa depan nak masuk U. 

     Kalau rasa keputusan tak berapa nak cantik untuk masuk matriks dan tak dapat form 6, mungkin adik2 boleh apply sijil ke, diploma. Mula dari bawah pun tak apa. Kadang-kadang pengalaman lagi penting daripada ilmu yang kita ada. Sekarang dah ada kolej komuniti, politeknik, institut kemahiran belia negara dan macam-macam lagi la. Semua dah ada depan mata. Cuma bergantung kepada diri kita. Nak ke tak nak.


Sekian,



Anees Chan

Saturday, March 23, 2013

Cubaan, cubaan

Assalamualaikum

Nak test jap...hehehehehe



Sekian



Anees Chan

My first thesis

Assalamualaikum

Alhamdulillah....Berkat kesabaran dan kesungguhan yang tak seberapa nak sungguh... Awal Julai 2012, telah ku siapkan thesis Projek Tahun Akhir. Agak kelewatan untuk diberitahu.. Tapi..biar la..suka hati saya le..hehehheheeh

Tajuk thesis nye.. Abundance of Bats at Bukit Panchor.


Sila lihat thesis ku yang berwarna biru.. Ni baru lepas amek dari kawan yang tolong bind  dan buku kan.

Zoom in... Full title.

Owh.. Macam kenal je nama ni... =P
Alhamdulillah selesai siapkan thesis. Sebenar nya masih ada rasa macam tak puas hati buat thesis ni. Mungkin ade kurang mana-mana bahagian.. Huhuhuhuh.. Harap boleh dicover masa continue master or phd nanti.. Ye dak...

Setiap orang yang sambung degree akan merasa betapa menguji pelbagai aspek diri masa nak siapkan thesis. Ade yang tak tidur malam, Laptop hang, software tak boleh install, printer rosak la... Macam-macam. Nasihat saya... JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE!


Sekian



Anees Chan

Friday, March 22, 2013

Tudung Bawal

Assalamualaikum...

Kakak-kakak, adik-adik, puan-puan, cik-cik...terutama yang menutup aurat... Kebiasaan nye... Selendang atau pun skaf akan digunakan untuk menutup dan melindungi aurat. Normaliti di Malaysia, tudung bawal sudah menjadi satu trend dan mungkin budaya masyarakat Islam di Malaysia. Negara sebelah seperti Indonesia dan Thailand pun tak terkecuali.

Tudung bawal atau name matsaleh nye adalah voile. Sejenis fabrik kapas dan nipis. Kalau di pasaran, ada bawal no.1 , bawal no.2 , bawal akhbar, bawal china dan yang paling latest tak latest, bawal Indonesia. Kualiti bagus harga pun bagus jugak kan... =)

Masa matrix dulu pernah pakai bawal China, tak sampai setengah jam,herot-berot sudah,lilin dengan starch pun x mampu nak tegak kan tudung tu. Senang cerita pakai je bawal Kelantan (pinjam umi punya... =)... Mula masuk USM, mula lah trend tudung bawal Indonesia dan bawal printed. Macam2 ade. Kiranya tudung bawal pun nak gerak seiring dengan dunia semasa.

Bawal no. 2... Tudung senget...hohohoho

Bawal Indonesia.... Oklah kualiti nye... Tapi kena starch lepas 2 3 kali basuh

Bawal tone...kualiti bawal no. 2
Kalau dulu bawal mesti ade sulam mesin yang tebal, lebar, batu blink2, bawal KLCC la..Mata air la... tapi sekarang masyarakat lebih minat sesuatu yang lebih ringkas dan menarik... Alhamdulillah...sempat membeli beberapa tudung bawal daripada online seller.... Ade yang murah dan mahal. Semua bergantung pada kualiti.

Sekarang, saya lebih selesa pakai bawal... Plus dulu pakai tudung sarung, jerawat membiak dengan banyak bawah dagu.. Pakai bawal, dah tak membiak da...Bawal ni mesra angin kot..Hehehehehe

Sekian sahaja ngomelan nye...

Assalamualaikum




Anees Chan

Coming back!

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak diambil kisah blog ini.. Alhamdulillah..Masih diberi kerajinan untuk menaip....

Perasan tak environment blog ni pun dah lain.. Harap-harap "mesra mata" untuk kalian... =)

InsyaAllah...Untuk akan datang akan diusahakan untuk rajin menaip...

(p/s: find me at twitter... @aneeschan =) )


Anees Chan