(post kali ini hanya lah mengambil contoh dari apa yang terlintas di fikiran penulis.Tiada niat untuk memerli,mengata, atau menuduh. Tulisan ini sekadar untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan)
Assalamualaikum.....
Selamat Hari Rabu!! Kalau ikut kalender kuda yang bertepek kat softboard ni...Rabu adalah hari yang tengah2..dalam bahasa omputih nye...the middle day of the week (ade ke istilah gini? teeeettttttt).
Dalam kul 11 tadi...Pergi la menggagahkan diri yang malas ni untuk mencari makan untuk anak perut. Dah la pagi bangun agak lambat.Memang kebuluran seketika di situ..Huhuhuhuhuh...So, makanan tengahari ini adalah...Nasi ayam!!! dengan buah tembikai susu..Kos keseluruhan ialah rm4.50.
Tetiba, teringat ade seorang sahabat ni. Bila diajak makan, kate nya malas. Nak kata musim kecundangan duit, tak jugak, so ade logik mungkin malas la kot. Tapi , niat dihati bukan nak membuta tuli menuduh gitu.
Bila cakap pasal makan, Malaysia adalah antara syurga makanan..Macam ada.. Just name it and you find it. Sepatutnya sebagai rakyat yang bertuah, kita seharusnye bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan. Choose the one that your body need, not choose the one your desire need. Mungkin sebab tu la, kalau join any event yang ade makanan, some of us may take a lot, at last, tak abes, then, throw away. Pembaziran telah berlaku.
Disebabkan Malaysia ni heaven of foods, banyak sangat pilihan, sampai tak tau nak pilih ape. Sampai ade yang malas nak mencari makan. Saya mengakui pernah mengalami sindrom malas nak makan atas sebab bilik tinggi kat tingkat 4.Penat nak turun makan.
Malas nak cari makan dan susah cari makan. Dua perkara yang berbeza. Malas ialah tidak mahu membuat sesuatu. Susah ialah kesulitan, kesukaran. Well, kita malas mencari makanan, tapi orang lain susah mencari makan... Saya nak anda fikir kan kaitan dua perkara tersebut.
Sekian.
haha..cant thinkin' wisely ^^
ReplyDelete"" Kenapa akak pakai niqab? ".".