Friday, December 19, 2014

Farewell of STAB6054 ( Conservation Ethics & Legislation)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, 18 December 2014. The last class for STAB6054. One of the toughest subject this semester. Sebabnya... bila student science belajar sumthing related to law and philosophy, memang payah diserap oleh minda yang sudah terbiasa dengan fakta. I admitted this is the tough subject for my whole life. But, takkan nak study benda senang je kan.. Kadang-kadang pun kena out of bidang jugak kan. Last class, small celebration, two cakes and some side snacks. Unfortunately, I did not ate it.. Sebab? heheheheh... Maka sekarang, tinggal lah masa untuk menjawab exam dan menyiapkan thesis..


Serius suka gambar ni.. Macam ibu bersama-sama anak-anaknya =)

Cutting cake session

Chocolate indulgance kot.. Cuci mata je la

Dr Lee Jing. The most beautiful lecturer that I've met! 

The whole class. Ada yang tak datang. Please spot myself =P

Overall.. Geng kami dengan Dr.

Outing with classmate

Assalamualaikum...


Semalam.. Lepas habis kelas.. Excited nak tunggu malam.. Nak tengok cerita Hobbit... Tapi diaorang lah... Diri ini? Takdelah layan sangat.. Cuma nak hangout dengan classmate. Even bukan semua ada, masih enjoy dan seronok. Happening kot diaorang ni. Dah nak habis sem baru nak kenal rapat. Masuk  wayang, semua orang enjoy The Hobbit.. Myself? Hahahahahah... I did slept few times kot.. Yelah.. Nak kumpul tenaga untuk balik nanti... =P

Before masuk the hall
Sementara tunggu deme-deme tu sampai... 
Overall of the outing =D

Wednesday, December 17, 2014

Big Bad Wolf 2014

Assalamualaikum.....

Hujung tahun biasa nya sinonim sangat dengan Big Bad Wolf.. Usually nya akan diadakan di MIECC.. Kalau tak silap, sebelum ni pernah buat kat MAEPS... Rasa nya kat situ lagi mudah kot... Huhuhuhu... Dijadikan cerita, selepas habis buat survey untuk subjek ekonomi, terlepas lah cakap kat kawan ni. "Jom pi BBW". BBW tu kira akronim untuk event ni la.. Bukan BBW yang lain ye... So, pergilah ke MIECC seawal 10 am.. Alhamdulillah.. Mudah parking dekat MINES. At that day, spent dekat tiga jam browsing buku.. Sampai naik cramp tangan.. Huhuhuhu... Second time pergi, dua jam je... Tp sebab ada bakul troli, so takdelah nak cramp. First time g, habis RM149. Second time g, habis RM71.10.. Mostly beli buku masak... Hahahahaha... Agaknya jiwa dah tua kot.. Tak pun bakal menyahut seruan bina ........ =P And for first time borong novel.... Huhuhuhu... Doakan saya habis baca semua ye...


Separuh jalan

Mula-mula.. Beriya... Tetiba bila dah dapat jawapan... Jadi hilang semangat pulak... Sedang merancang soalan seterusnya.. Tapi beranikah diri ini?                                              


P/s: hari itu... Pertama kali...

Lab GIS & RS

Tamat sudah lah lab ini... Sesunggahnya jiwa ini bukan la in sangat dengan subjek ni... Lebih suka lecture daripada lab. Ape2 pun, ni perkara baru and kena hadapi demi memenuhi kehendak subjek. End product nye idok le secantik mana. Agaknya lebih penting untuk siap berbanding kualiti. Just hoping for longer period for this subject ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️



Tuesday, December 16, 2014

Study week, dissertation, exam

Assalamualaikum...

Minggu ke 14 sudah untuk sem kali ini.. Sedar tak sedar dah nak masuk study week & lepas tu exam. Ditambah lagi dengan due date untuk hantar dissertation... T_____________________T

Master life is not easy... Huhuhuhuhuhu... Hadap je lah demi segulung ijazah sarjana...

Semester kali ini melibatkan tiga subjek. Alhmadulillah.. Tak sebanyak sem lepas, tapi constrain-constrain sampingan agak kuat kesan nye.. heheheheheh..

InsyaAllah akan cuba sehabis baik...    

RS & GIS
Economic Natural Resource
Conservation Ethics and Legislation

        

Saturday, December 13, 2014

Memori Suka Duka 2013

Assalamualaikum

2013. Satu tahun yang amat memeritkan dan banyak ujian melanda diri ini dan keluarga. Barangkali sudah terlalu leka dengan keasyikan dunia, Allah menguji kami agar kami kembali asyik kepadaNya. Duka nya tahun 2013 biarlah berlalu dengan memori-memori yang pahit dan pedih. Dalam Allah menguji kita, pasti ada ganjaran yang lebih baik di sebalik ujian itu. Tak lengkaplah kemanisan keluarga andai tiada kepahitan dalam keluarga. Kepahitan itu jugalah yang menyatukan kami sekeluarga. Seolah-olah diberikan atmosfera yang baru untuk kami bernafas.

Dari ujian Allah itu juga lah, diri ini mula muhasabah, agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan Nya dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sesungguhnya dua perkara tersebut adalah antara perkara mahmudah yang Allah redhai dan berkati. Semakin rapat hubungan kami sekeluarga, semakin kerap diri ini mengadu masalah kepada bonda tersayang. Alhamdulillah, setiap aduan yang diceritakan, pasti dibalas dengan kata nasihat dan kata motivasi agar diri ini kekal positif dan bergantung pada Allah. 

Tahun 2013. Tahun paling tidak produktif buat diri  ini. Tidak mendapat tawaran kerja, tidak mendapat tawaran menyambung pengajian dan tidak mendapat tawaran bertukar status (hehehehehehehehe). Agaknya masih ada kekurangan pada diri ini. Mungkin gara-gara keputusan di USM dulu kurang memuaskan, tiada tawaran melanjutkan pengajian. Ada juga rakan kata " Aik? Tak dapat kerja lagi?". Agak sentap dan terasa di hati. Sampai ambil masa yang lama untuk bertegur sapa dengan rakan itu. Tetap terbaca satu kata-kata ustaz Don. " andai kita masih belum mendapat perkerjaan, mungkin ade sesuatu yang lebih baik untuk kita" (lebih kurang gitu ayatnya). 

Apa-apa pun, tahun 2013 adalah tahun diri ini bersama keluarga 365 hari penuh. Maka dapat lah berbakti kepada rumahtangga dari segi urusan makan, rumah dsb. Alhamdulillah, dapat mengasah skill memasak, mengemas rumah meskipun tidaklah sehebat umi.  Syukur juga, Afiah dapat keputusan 5 A untuk UPSR dan Mumtaz untuk PSRA. Disebalik perkara yang terjadi pasti ada kegembiraan. Di sebalik kesenangan pasti ada kepahitan. Moga kita yang diuji oleh Allah agar terus sabar dan cekal menghadapinya. Letakkan segala kebergantungan kepada yang Maha Esa. 




Sekadar gambar hiasan =D

Sekian...

Anees Chan

Here I Am

Assalamualaikum..... Lama betul tak update blog.. Sesungguhnya diri ini tiada kesempatan dan kerajinan... Hehehehehe... Alhamdulillah... 2014 makin meninggalkan kita... 2015 makin menghampiri.. Apa ada pada tahun andai diri kita masih jauh dari Sang Pencipta... InsyaAllah... Akan ku rajinkan diri menaip dan menulis... Cerita 2014 tiada langsung dalam blog ni.. Ade suka duka 2014 yang bakal diceritakan... Bukan untuk dibanggakan sekadar perkongsian buat kalian...