Sekarang kan ramai da mula abeh exam..and da mula bercuti kan...
Tak de pape nak buat?Ape kate kalian tengok teater..
Pementasan Teater TylcKooUns
http://www.facebook.com/event.php?eid=142369959167092
Sesape yang berminat...Boleh la try tgk kat event dorg kat FB
Ade pelakon yang dalam Juvana dalam teater ni...
So...Pakat2 join la ek...^_^
Berikut ade la mengenai teater ini...
Penerbit : Khairol Azhar bin Abd Jalil (student USM ^_^)
Pengarah : Khairunazwan Rodzy
Dibintangi Oleh :
Namron
Amerul Affendi
Mardiana Alwi
Zahiril Adzim
Dibantu Oleh :
Ammar Armada
Wanji Aswandi
Khairil Ridzuan
Hasbullah Abdullah
Mohd Aiman Syazwan
Wan Farah Aina
Pemuzik - White Percussion Unit juga akan mengegarkan pentas!
__________________________
20th May 2011 : 8:30pm - Full Dress (Press- Preview) : RM 15
21st-29th May 2011 : 8.30pm - Show
23rd-25th May 2011 : 3.00pm - Matinee
Price: RM 30 - Normal
RM 15 - Student
For Bookings: Contact
NATRAH - 01112447959
DIDI - 0134321147
"... sebuah pementasan teater yang buat pertama kalinya menggabungkan graduan jurusan seni persembahan IPT seluruh Malaysia..."
SIPNOSIS
____________
Kelab peribadi mewah milik Tycoon telah berada di bawah kuasaan Manan. Kelab itu telah menjadi tempat persembunyian Manan bersama pengikut-pengikutnya yang mengamuk atas ketidakadilan kepimpinan Tycoon terhadap Pekan Siem Pang. Amukkan ini berlaku setelah Long menjadi mangsa tuduhan sebagai korban menutup kesalahan Tycoon atas jenayah yang dilakukan oleh Tycoon.
Ramona, perempuan simpanan Tycoon yang menjadi pelayan wanita di dalam kelab peribadi mewah itu telah berpakat dengan gerakkan Manan untuk menjatuhkan Tycoon. Ramona dan beberapa tebusan lain yang terdiri daripada pekerja kelab mewah itu telah berpaling tadah menyebelahi Manan bagi mengelirukan polis yang dikuasai Tycoon bagi menjatuhkan Manan. Rahsia demi rahsia Tycoon dibongkar oleh Manan dan Ramona, dan ini membuatkan rakyat mula pempersoalkan kepimpinan Tycoon.
Tycoon yang tersentak dengan amukkan ini telah mula bersandiwara dengan rakyat bahawa jasanya tidak dikenang atas perubahan yang telah dibawanya terhadap Pekan Siem Pang. Kekecohan Pekan Siem Pang semakin memuncak. Demi kekuasaan yang ada pada Tycoon, Long dipanggil semula kononnya bagi menebus kesalahan jenayahnya serta membongkar muslihat Tycoon yang menjanjikan kesenangan keluarga Long.
Dalam masa yang sama, seluruh rakyat yang tertipu mengharapkan Long boleh menjatuhkan Manan bagi mengembalikan kedamaian Pekan Siem Pang. Akhirnya Manan telah dibunuh dan amukkannya serta gerakan memusnahkan Tycoon direncatkan. Setelah mayat Manan diusung keluar, seluruh masyarakat yang terkesan dengan gerakan ‘Memusnahkan Tycoon’ oleh Manan bersorak dan memberikan tepukan gemuruh atas keberanian Manan dan kumpulannya. Tycoon sedar atas perubahan ini.
Help Us by Supporting us!
TQVM.. =)
So....Mari lah kita bersama2 menonton teater ni....Support industri teater generasi mude...^_^
Wassalam
merata2 nampak poster ni...skali tegok susah nk baca tulisan..berkali2 tegok lgsung malas nk pandang...huhuhuhu..tulisan berbelit2...
ReplyDelete