Thursday, May 10, 2012

Hujung minggu yang menyeronokkan?Seronokkah? Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah..Hari ini terbit kerajinan untuk menghapdate kan blog ini.. Well, minggu lepas, saya telah berjaya menyibukkan diri ke Taman Negeri Perlis, atas urusan menjadi pembantu pelajar untuk subjek yang diajar oleh penyelia saya... Sebenarnya, berbelah hati nak pergi ke tak.. Atas alasan, takut Dr. tak bagi pegi sebab thesis tak siap lagi, atas alasan dah ramai yang pergi, atas alasan malu (ni yang paling tipu..hahahhaha.)

Bersungguh2 lah siap kan analisis data..Bertapa kat bilik kak Mun sampai kacau dia dating ngan rumate.Hahahahah..Well2, pagi jumaat 4 Mei 2012 tepat jam 10.30 pagi, baru la habis packing baju dan segala benda untuk p sampling. Serius, hati saya tak mau pergi..Kalau tak pergi rugi pulak..heheheheheheh

Termengah2 naik bas dari padang kawad ke school bio (kira macam fakulti la). Dengan bag cun dan bag camping yang besar gedabak tu, ku gagahkan diri ke foyer school.. Pak Usop (lab assistant Dr.Shahrul) dah panggil dari jauh. Suruh amek attendance student kata nye.Okay, dalam hati terdetik gak, berguna jugak la aku join..hehehehhe. Di sisi pak Usop adalah beliau dan en.Muin yang lebih dikenali sebagai Mamuin..hahahahhaha (hope en.muin x bace la blog ini).

Dari penang ke Taman Negeri Perlis tu lebih kurang dua jam lebih ke tiga jam.Bergantung pada tahap kelajuan meter kereta dan kekerapan anda berhenti.. Penang, kedah, perlis. Apa yang seronok nya, nak ke taman negeri tu, akan lalu kawasan Chuping, kawasan ladang tebu dan juga kawasan paling panas kat Malaysia.. Terasa berada di New Zealand pulak, sebab pokok tebu penuh mendominasi kawasan pertanian. Plus, ada UPP (unit pencegahan dan penyeludupan) buat roadblock.Anggota yang jaga roadblock tu..Boleh la tahan kacak nye..hahahhahahaha.Ok,back to story, nak ke taman negeri perlis ni bukan la senang. Jalan nak ke sana adalah jalan yang nak ke Wang Kelian. Bukan setakat berselekoh yang amat la sukar untuk dilalui, curam yang tinggi, bukit lagi. Lagi naik bas, memang cuak nye lebih la.. Memandangkan da 4 kali da lalu jalan tu, so, saya cool je..hahahhahaha...

Tiba sudah di destinasi yang dituju =D

Hehehehehe...tetiba rasa malas pulak nak bercerita..T saya sambung lagi ek



Yang betul

Anees Chan

No comments:

Post a Comment