Sunday, March 24, 2013

#Review: Plan Your Future After SPM

Assalamualaikum....

   Sepanjang minggu lepas, dua keputusan peperiksaan utama telah pun diumumkan; STPM dan SPM. Syukur alhamdulillah dan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan keputusan yang dijangkakan. Semasa ambil keputusan tu mesti hati bercampur baur. Gementar, takut, macam2 la...semua perasaan bercampur jadi satu. Tak kira la apa keputusan yang diperoleh, kehidupan harus diteruskan.

copy from gvishnu.com
   
    Sekarang ni mesti masing2 dok sibuk nak update application ke IPTA/IPTS, mohon biasiswa. Mintak pengesahan sijil, surat sokongan dan macam2 lagi. Malah mesti pening sebab banyak pilihan untuk belajar dalam bidang yang diminati. 

     SPM...... Sesiapa yang rasa nak jadi degree holder dalam usia awal 20-an, mungkin boleh ke matrikulasi.. Orang dok kata matrikulasi susah... Sebenar nya..dalam dunia ni takdak yang senang dik...semua nya kena ada usaha dan tawakal. Kalau rajin study, jumpe lecturer, tolak tepi hal cintan cintun, insyaAllah boleh keluar matrikulasi dengan pointer yang okay. Nak masuk form 6? Boleh jugak. Saya sendiri pun tak dapat form 6. Jadi, tak tahu la macam mana gaya nya form 6 tu. Dengar orang kata kalau form 6, kena sure dapat straight A baru cerah masa depan nak masuk U. 

     Kalau rasa keputusan tak berapa nak cantik untuk masuk matriks dan tak dapat form 6, mungkin adik2 boleh apply sijil ke, diploma. Mula dari bawah pun tak apa. Kadang-kadang pengalaman lagi penting daripada ilmu yang kita ada. Sekarang dah ada kolej komuniti, politeknik, institut kemahiran belia negara dan macam-macam lagi la. Semua dah ada depan mata. Cuma bergantung kepada diri kita. Nak ke tak nak.


Sekian,



Anees Chan

No comments:

Post a Comment